Tuesday 4 December 2012

Bersyukurlah Bila Dapat Belajar

Cetusan: Belajar Erti Bersyukur

Oleh :kalam-azimat

"Berdoa merupakan salah satu tanda bersyukurnya seorang hamba..."
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bersyukur kepada Allah SWT kerna dengan keizinNYA, Allah memberi peluang kepada saya untuk terus tetap setia mencoretkan sesuatu dalam blog ini, tidak lain tidak bukan untuk melaksanakan tuntutan sebagai hamba Allah selaras dengan dalil yang masyhur Ad-Dzariat ayat 56 :
“Tidak aku (Allah) ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepada Allah SWT”
Maka dengan pantas jari-jemari pemberiaan Allah ini bergerak tangkas menekan key board membentuk kalimah yang diterjemahkan di layar skrin. Dengan niat berkongsi sesuatu tentang syukur. Apakah kita benar-benar mengerti erti syukur itu? Sama-sama koreksi diri.

Monday 3 December 2012

Perlukah anda belajar perubatan di Mesir

Siapa yang sesuai untuk belajar perubatan? Anda rasa anda sesuai? Bagaimana rasanya mengambil bidang perubatan. InsyaAllah, saya akan cuba mengolah jawapan kepada persoalan ini semampu boleh berdasarkan pengalaman saya mengikuti kursus ini sudah separuh perjalanan.

Bidang perubatan sangat berbeza dengan bidang-bidang pengajian yang lain. Secara mudahnya, ia memerlukan pemahaman dan kekuatan otak untuk menghafal tidak seperti matematik yang lebih memerlukan pemahaman.

Bagi pelajar SPM, perasaan ini dapat dirasai ketika mempelajari Biologi namun apa yang anda tempuhi dalam Biologi SPM adalah sangat asas dan mewakili kurang daripada 5 peratus ilmu perubatan itu sendiri.

Oleh itu, pengajian perubatan memerlukan usaha yang kuat dan berterusan. Kata orang, anda tidak perlu terlalu bijak untuk mengambil perubatan, tetapi anda perlu rajin untuk berjaya di dalam bidang perubatan. Nasihat yang selalu diulang oleh pensyarah selepas habis kuliah ialah untuk mengulangkaji pelajaran hari ini malam ini juga, dan jangan biarkan satu hari berlalu tanpa mengulangkaji pelajaran.

Bidang perubatan juga dikenali sebagai “life-long learning”. Ini adalah kerana ilmu perubatan merupakan di antara ilmu yang sentiasa berkembang dan penemuan terbaru sentiasa ditemui masa ke semasa dan sekiranya anda tidak peka, anda akan ketinggalan.

Sunday 2 December 2012

Pengenalan

Salam sejahtera
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini
Kepada anda yang berminat untuk mengikuti pengajian di mesir, di sini dinyatakan bahawa