Perlukah anda belajar perubatan di Mesir
Siapa yang sesuai untuk belajar perubatan? Anda rasa anda sesuai?
Bagaimana rasanya mengambil bidang perubatan. InsyaAllah, saya akan cuba
mengolah jawapan kepada persoalan ini semampu boleh berdasarkan
pengalaman saya mengikuti kursus ini sudah separuh perjalanan.
Bidang
perubatan sangat berbeza dengan bidang-bidang pengajian yang lain.
Secara mudahnya, ia memerlukan pemahaman dan kekuatan otak untuk
menghafal tidak seperti matematik yang lebih memerlukan pemahaman.
Bagi
pelajar SPM, perasaan ini dapat dirasai ketika mempelajari Biologi
namun apa yang anda tempuhi dalam Biologi SPM adalah sangat asas dan
mewakili kurang daripada 5 peratus ilmu perubatan itu sendiri.
Oleh
itu, pengajian perubatan memerlukan usaha yang kuat dan berterusan.
Kata orang, anda tidak perlu terlalu bijak untuk mengambil perubatan,
tetapi anda perlu rajin untuk berjaya di dalam bidang perubatan. Nasihat
yang selalu diulang oleh pensyarah selepas habis kuliah ialah untuk
mengulangkaji pelajaran hari ini malam ini juga, dan jangan biarkan satu
hari berlalu tanpa mengulangkaji pelajaran.
Bidang perubatan juga dikenali sebagai “life-long learning”.
Ini adalah kerana ilmu perubatan merupakan di antara ilmu yang sentiasa
berkembang dan penemuan terbaru sentiasa ditemui masa ke semasa dan
sekiranya anda tidak peka, anda akan ketinggalan.
Akhir sekali,
antara ciri paling penting bagi seseorang yang ingin mengambil bidang
perubatan ialah keberanian. Anda tahu istilah “mental block”?
Inilah yang bakal dilalui oleh kebanyakan doktor kali pertama merawat
pesakit yang di dalam keadaan mengerikan ataupun membedah pesakit.
Inilah kehidupan seorang doktor, anda sibuk dengan “on-call”,
anda bergelumang dengan penyakit-penyakit dan kekotoran, dan anda perlu
ramah untuk berinteraksi dengan bermacam ragam manusia.
Kalau
anda mampu menghadapi semua ini, silakan. Ahlan. Saya mengalu-alukan
kedatangan anda ke dalam bidang ini. Satu kelebihan yang membuatkan saya
amat meminati bidang ini adalah peluang saya untuk berinteraksi dengan
manusia dan seterusnya berdakwah kepada mereka? Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment